Thursday, 19 February 2015

Tempahan kek red velvet marble cheese




Tempahan Kek ni  februari yg lalu.Terima kasih resepi  kek red velvet moist yang dikongsi dari sini
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com 

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine( Kuguna tepung blue key berserbuk penaik jadi baking powder,soda bicarbonate Dah tak diperlukan)
  • *2 sudu besar serbuk koko 
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam 
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus(kuguna gula perang)
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak ( kuguna minyak jagung daisy)
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi 
  • 2 biji telur A
  • esen vanila 

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream( untuk red velvet marble cheese yg ini Tak guna) deco red velvet Biasa Boleh guna.
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon 

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih( kuguna lemon atau limau kasturi jika tiada)Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul secara kaup balik.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung ( kuguna kertas minyak yang dipotong Lebih untuk memudahkan meng angkat  kek .tuang adunan Dan Hentakkan loyang 3 Kali perlahan untuk buang udara Dan bakar 45minit. (Kubakar 30 minit)Kek ini boleh juga dikukus. Panaskan oven 15 min Sebelum bakar dgn suhu 175-180 c.jangan buka oven 20 minit pertama.
  • Sementara menunggu kek masak Putar creamcheese yang dah dilembutkan pada suhu bilik ,Masukkan perahan lemon ,gula icing,sebiji telur.Apabila kek masak ,curahkan adunan cheese keatasnya Dan Lorekkan ikut sukahati dgn 1 sudu Besar adunan  kek yang diasingkan.bakar sekali lagi dgn suhu 160-170 c.25-30 minit.bakar secara steambath.air panas diisi dalam dulang oven.


Tempahan kek red velvet marblecheese Ulang tahun





Lamanya tak menaip dalam blog ni .Rutin setiap  hari menghantar  pergi balik anak-anak ke sekolah,buat kerja rumah rasanya seperti tak  cukup masa.Kadang dapat le terlelap kejap 10 minit bila tidurkan dan menyusukan Lily ..Banyak ter simpan dalam draft je.Kek red velvet marblecheese   seberat 2kg ini ditempah 2 orang kakak bekas tempat kerja..kek ni untuk ulang tahun anaknya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...