Friday, 17 April 2015

Tempahan pelbagai sticker doorgift ,produk ,cuci gambar murah dll boleh order di sini.


Untuk tempahan sila hubungi FB Karina Bizz no hp 013-7463023



 Ini bisnes adik bongsuku dan isterinya dan hanya beroperasi di rumah saja.Adik berniaga pasar malam dari pukul 5 ptg hingga 10 mlm.Jadi jika berminat hubungi adik tu waktu selain tu lah ye.Sebenarnye dah lama niaga baru sempat nak post di sini.Facebook nya Karina Bizz. Karina Bizz










I

Monday, 6 April 2015

Selamat ulang tahun yang ke 10 Sofea qistina ........

Kek rainbow m&m permintaan ulang tahun sofea@ epal bln Februari lalu.Dah lama baru sempat upload.Moga jadi anak yang solehah dan taat pada Allah SWT ,IbuBapa dn guru.Kek span rainbow ni hanya 4 layer colour je.tak cukup masa nak buat Byk colour.filling dan frosting sepenuhnya dgn creamcheese .satu m&m terpelanting pulak.Sgt susah nk susun keliling kek tu.yg ni mgkn terakhir percubaan .Lbh sng tabur kat atas je.M&m ni Klu masuk peti sejuk warnanya akan pudar atau menurun.Kek span masih guna resipi kek span sweet4 ever.dihttp://myresipi.com/top/detail/6872



Kek layer kastard pandan

kek kastard layer pandan ni saja buat untuk makan2.lama sangat tak buat.sedap dimkn masa Sejuk. Terima kasih empunya resepi ni dari sweet4ever.Cuma kastard pandannya tak cukup tebal dan terpaksa hanya letak nipis saja .Jadi Klu mahu kastard yg tebal gandakan sukatan resepi kastardnya.resepi asal di http://myresipi.com/top/detail/6872 entri rujukan lama dihttp://applecherryschumi.blogspot.com/2013/12/kek-layer-kastard-pandan.html




http://applecherryschumi.blogspot.com/2013/12/kek-layer-kastard-pandan.html

Sunday, 5 April 2015

Kek red velvet


Tempahan kek red velvet 4 layer mmg sgt tinggi nasib tak terantuk kotak dan  seberat 2.9kg dgn creamcheese frosting .Kek ni ditempah bff dari kecik Puan Norhayati iaitu lecturer kat KSKB kat kempas.Kek special utk suami dn adiknya.

Kek red velvet marble cheese


Sebenarnya hari biasa rutin uruskan anak2 ke sekolah dan pantau pelajaran ank2 memang tak ambil tempahan.kecuali hari Sabtu atau Ahad saja itupun tgk masa.Tapi sbb dah tempah awal tolong le juga kan.kek red velvet marblecheese lagi untuk ulang tahun anak bekas rakan sekerja lama.Deco dari fondant dan coklat compound milk brand beryl ,kek seberat 1.9kg termasuk deco.Coklat brand ni mmg sedap sangat hampir sama rasa coklat cadbury.Tapi cuma dijual di kedai bakeri saja,pasaraya takde jual.kek yang di deco  coklat ni kena dibiarkan suhu bilik sebelum dipotong.sebab coklat tu keras sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...