Tuesday, 26 November 2013

Kek coklat moist tanpa telur



Hari ni Cuba buat kek n tapi tanpa telur.sebenarnya ku tak suka makan kek coklat .entahlah kenapa.tapi kalau coklat reti pulak makan.pelik tu..jamah juga le .sedap juga resepi ni.buat pun sikit je untuk sofy.resepi dari 

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by: Dayang

1 cawan tepung gandum - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ita guna Tudor Gold
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ita letak coffee paste
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ita letak Mazola
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ita letak jus lemon

"DO IT YOURSELF"

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...