Thursday, 14 November 2013

Red velvet dan vanilla cupcake

Buat untuk ceri aka hasya sempena hari kanak-kanak .Kawan-kawannya ramai bawa jajan  makanan ringan dan ada juga nasi goreng .Tapi bila balik katanya cikgunye tak bagi pun ,cikgu-cikgu yang makan.Epal aka sofea kakaknya pun bawa ke sekolah agama .Cuma cupcake vanila sempat bagi kawan-kawannya dan baki 5 pcs katanya cikgu ambil .Takpelah rezeki cikgu.Hi...hi...ini resepi untuk red velvet dan vanilla yang saya  buat.RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com                                                        
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak(saya guna minyak jagung)
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi(saya tak letak)
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...