Sunday 8 December 2013

Fettuccine

Hari ni masak ringkas je.Fettucine berkuah segera sup cendawan Campbell dan sayuran kukus.Hari ni      sibuk cari kasut sekolah anak2.Dari econsave ke smart pandan ke jusco aeon Tebrau ke giant plentong pula.Balik rumah rasa bisanya tumitku ini.Baru je nak baik.Akhirnya baru dapat sorang sepasang,tu pun untuk Hasya susah nak cari size.Dari kecik sampai nak sek ren susahnya serba serbi nak cari dari kasut ke baju.Emm kalau ikut hati beli je sama jenis kasut tapi sofy nak lain pula untuk lagi sepasang kasutnya.Minggu depan le pulak pusing ke Kota Tinggi.Mlm semlm ank2 dan ayahnya tengok wayang kartun frozen kot.Ibunya dan lily tak ikut.Susah ada pulak melalak dalam panggung.Tunggu lily besar sikit kot.Jumaat lalu adik ipar kepada adik iparku telah kembali kepadaNya.Mudahan termasuk di golongan org beriman yang dikasihiNya , Amin.Baru je ahad lepasnya pergi jemputan kahwin.Kalau tidak sabtu lepas majlis kenduri sebelah pihak lelaki pula di Melaka.Moga ayu tabah menerima qada dan qadar dariNya.Emm sayu pulak hatiku teringat arwah makabah.Hanya doaku mengiringi setiap hari untuk mereka dan semua orang yang dilanda musibah.Rencana dariNya adalah yang terbaik.Setiap ujian yang menimpa kita kerana Allah swt menyayangi dan mahu kita sentiasa mengingatiNya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...