Semalam dapat makan pecal jawa ,sedap.Yang ni mak mertuaku buat .Ulaman tu sepatutnya sampingannya banyak tapi ni apa yang ada je lah.Tahu,tempe,kacang panjang,timun,tauge takde.Pucuk ubi dan sengkuang je ni.Terima kasih resepi dari blog dapur tanpa sempadan BAHAN KUAH :-)
150 g kacang tanah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan
10 - 15 biji cili padi (optional)
Jus asam jawa secukupnya BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-)
Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya
Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan
Timun, hiris memanjang ,tauge di siang ekor.
Senkuang, hiris memanjang Tempe dan tauhu digoreng
Garam dan gula secukup rasa Cara-caranya: kacang tanah disangrai,bawang,cili ,udang kering di goreng kejap dan angkat. kisar kasar atau tumbuk kacang tanah,bawang,udang kering,cili,belacan,cekur dan digaul dengan jus asam jawa,di bubuh gula,garam.Agak2 je tak cair sangat.lebih kpd manis.
No comments:
Post a Comment