Wednesday, 10 December 2014

Graduation Tadika Orkid Jaya 2014

Pada Oktober lalu tak silap hari graduation tadikanya.Adam tak dapat apa2 anugerah .Tengok adam macam kena paksa je menari .hi..hi...Tak macam kakaknya Adam lambat sikit membaca.Takpelah mudahan apa yang ibu dan guru ajar Adam dapat difahami.Emm cuti sekolah ni revision dgn ibu dan kakak je mudahan cepat lancar membaca ,

Mangga epal besar



 Mangga epal ni kali kedua berbuah dan yang ni kupetik pada bulan Ramadan lalu.Itupun gara-gara risau tengok sedikit kulit luarnya dah tompok hitam.Kurasa mesti dah busuk tapi bila dipicit buahnya keras lagi.Buahnya besar sangat sama kepala anak yg kecil.Agaknya kalau tak petik mau lg besar .Bila kukupas buahnya belum masak dan takde rosak pun.emm sbb belum masak jadi rasanya masam berbanding kalau dah masak manis macam madu.Ku google katanya ni mangga kelapa tapi entahlah baka ni apa sebenarnya.4 hari lepas 3 biji buah ni hilang .Saiznya juga sama besar seperti ni.Tapi agaknya menarik perhatian orang yang ternampak.Walaupun satu biji duduknya dalam halaman rumah dan 2 biji lagi berjuntai ke luar pagar rumah pun diambil.Emm apa salahnya yg di dalam tu ditinggal utk tuan rumah entah macam mana gaya orang tu panjat pagar ...Bila suami berbual dengan jiran sebelah dia kata ternampak orang yang turap tar jalan taman ni ambil mangga tapi di depan rumah kami.Pokok tu takde sesiapa punya jadi biasa bila berbuah banyak kami jiran2 bahagikan sama rata untuk agihkan.Emm mungkin bukan rezkiku ....bagusnya pokok ni sentiasa berbunga tak ikut musim.Abaikan rokok sebelahnya bahaya untuk kesihatan hi..hi...



Kek minyak marble mudah

Kek minyak marble yang sangat mudah dan sedap ni dah lama buat.Banyak foto yang  disimpan dalam photo stream tetiba hilang pulak bila update .emm puas cari dan google kemana perginya.Rupanya semua yang update  mmg kena.Bila disuruh update lagi ku tak buat pun tapi timbul pulak masalah lain .Jadi ku delete le semua yang tak diperlukan.Setelah update terbaru ,akhirnya muncul segala yang hilang.Gembira rasanya maklumlah banyak foto belum sempat print.Resepi ni ada di bawah.Kek ni ku guna separuh adunan .Terima kasih empunya resepi ni dari Sini  .

BAHAN-BAHANNYA :-)
                                                                             
5 biji telur gred A
3/4 cawan gula halus(kuguna gula perang)
1 camca besar ovellete 
2 cawan tepung gandum (kuganti tepung kek berserbuk  penaik jd tak perlu bubuh serbuk penaik lagi)dan ayak 3 kali
1 camca teh serbuk penaik
 1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak(kuguna minyak jagung)
Perisa dan pewarnak(ikut suka)
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit, lenserkan daSar loyang kek berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Ketepikan
  2. Putar gula dan telur satu persatu , masukkan ovelette dan putar hingga gebu .Masukkan susu pekat manis, perisa kegemaran dan esen vanilla  putar sebentar.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata, jangan lama2, sekadar ia sebati sahaja.Masukkan minyak sedikit demi sedikit secara kaup balik .Lebih kurg 4kali je.(tetapi di atas ku tidak guna kaedah tu)
  4. Tuangkan ke dalam loyang kek secara berselang-seli antara setiap adunan yg telah dibahagi pewarna dn perisa atau ikut kreativiti anda.Hentakkan  loyang kek 3kali dgn perlahan utk buang udara dan Bakar selama 35 - 45 minit pada suhu 170c atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sekejap sebelum dikeluarkan dari tin dan terbalikkan atas redai.Potong kek setelah Sejukkan.

Tuesday, 9 December 2014

Tahniah anak-anakku....

Alhamdulillah ,buat anak-anakku Sofea dan Hasya dengan keputusan peperiksaan  akhir tahun yang baik untuk sekolah rendah dan sekolah agama .Hilang penat ibu menghantar berulang alik ke sekolah.Tahun depan juga sofea dilantik pengawas sek dan hasya pengawas pusat sumber.Moga kejayaan mengiringi semua anak-anak ibu.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...