Friday, 20 December 2013

Salad ketumpang air/kekabu air/sirih cina dan timun tikus

Tengahari  tadi pertama kali makan  ketumpang air dan timun tikus ni.Salad cuma bubuh mayonis dan perahan lemon dan minyak zaitun sikit je.Rasanya macam daun sirih  kot.timun  tikus ni pulak memang rasa timun.Bagiku semua sayur makan.Sebab kalau masak wajib ada sayur satu mangkuk .Selama ni ku ingat rumpai biasa.Banyak dalam pasu jadi selalu cabut je dan timun tikus ni banyak kat pagar hingga berebut menjalar dengan bunga telang .Hinggalah terjumpa blog semua menjadi  ni http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/10/tuaian-hari-rabu.html .Terima kasih empunya blog ni yang kongsi pasal ketumpang air atau kekabu air dan timun tikus.Ketumpang air ni banyak khasiat rupanya untuk merawat pelbagai penyakit 
Antara khasiat yang terdapat ialah :
  • merawat artritis
  • reumatisme
  • penawar sakit sendi dan perut
  • jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
  • cirit-birit
  • batuk
  • selsema
  • jangkitan pada pundi kencing
sumber rujukan



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...