Sesiapa yg berminat untuk membeli Z'Ria Perfume atau menjadi agen dropship boleh whatsapp saya 012 7934051..cod Ulu tiram Johor bahru harga mampu milik hanya rm55 tidak termasuk postage sm size 35ml atau cod taman bestari indah/taman bukit tiram Ulu tiram johor
Saturday, 18 January 2014
Marble japanese cotton cheesecake
Bahan2:
A
160g cream cheese
25g butter
120g full cream milk(kuganti whipping cream sebab takde)
B
40g tepung kek / gandum
30g tepung jagung
C
4 biji kuning telur
D
4 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar(kuganti jus lemon sbb takde)
100g gula kaster(kuganti gula perang sbb takde)
Secubit garam
E
1 sb serbuk koko
1 1/2 sb air panas (tambah jika kurang)
Cara2:
#Sediakan loyang bulat bersaiz 8" (20cm). Griskan permukaannya & alaskan dengan kertas minyak. Kemudian, balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.
1. Masak bahan A guna double boiler hingga cheese cair & pekat. Matikan api.
2. Masukkan bahan B, gaul sebati.
3. Masukkan pula bahan C.
4. Gaul sebati adunan cheese tadi hingga sebati, ketepikan.
5. Pukul bahan D hingga pekat & bertanduk.
6. Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan.
8. Satukan bahan E, tuang sedikit2 atas kek & swirlkan untuk membentuk marble.
9. Bakar kek guna teknik water bath selama 40 -45 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C, guna api bawah sahaja.
10. Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan & sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.
Cooling process:
1. Untuk memastikkan kek nampak cantik & tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang & sejukkan atas wire rack.
2. Potong kek bila sudah sejuk sahaja.
Thursday, 16 January 2014
Nasi limau purut
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam(kuganti pati serbuk ayam maggi je)
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya(kuguna beras faiza biasa jadi air ikut sukatan agak2 je)
4 titik pewarna hijau. Cara-cara: Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya. Resepi Ayam sos Siam
- 1 ekor ayam sederhana besar
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Bahan kisar
15 tangkai cili padi thai (ikut suka kepedasan)
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar ~ dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit diracik halus
2 - 3 helai daun limau purut diracik halus
1 batang serai hiris atau ketuk
sedikit gula perang
minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Bersihkan ayam dan toskan.
Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Perap 20 minit.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak.
Angkat dan toskan.Kemudian tumis bawang besar dan bahan kisar tadi dengan sedikit minyak hingga bau wangi.
Masukkan sos cili ,gula perang dan kacau rata dan bila hampir kering sikit
masukkan ayam yang telah digoreng tadi ,tambahkan garam jika kurang masin kemudian gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang diracik halus dan gaul rata sebentar.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih
Friday, 10 January 2014
Red velvet marble cheese
Tempahan kek red velvet marble cheese lagi ,Terima kasih pada yang tempah lupa pula namanya tadi datang rumah dgn kak su ambil sendiri.Sebelum ni pun ada tempah juga tapi lupa nak ambil foto.
Thursday, 9 January 2014
Kek tiramisu
Pertama kali buat kek tiramisu ni,rasa pun tak pernah.Tengok kat blog Evelyn teringin cuba buat.Akhirnya siap juga.Tapi deco tak secantik kek tiramisu Evelyn Sini. Terima kasih kongsi resepi yang sedap ni.Resepi di bawah tiramisu cake
Coffee sponge cake:
A
4 biji kuning telur
20g gula kaster
1 sb coffee emulco
B
4 biji putih telur
80g gula kaster
C
100g tepung gandum, diayak
D
50g corn oil
Cara2 membuat coffee sponge cake:
1. Pukul guna handwhisk bahan2 A hingga kembang & gebu. Ketepikan.
2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.
3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.
4. Masukkan bahan C, gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.
6. Tuang aduan ke dalam loyang 8 inci /20cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.
7. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.
Coffee syrup:
150g air
80g gula kaster
4 sb serbuk kopi segera
Cara2 membuat coffee syrup:
1. Masak air dan gula hingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan serbuk kopi. Kacau sebati. Sejukkan Ketepikan.
Filling:
A
1 biji telur
1 biji kuning telur
20g gula kaster
B
11/2 sb gelatin
50g air
C
250g cream cheese
250g mascarpone cheese
50g gula kaster
D
1sb serbuk kopi segera
2 sb air
E
100g whipped cream, dipukul
200g whipping cream, dipukul
F
Serbuk koko secukupnya, untuk ditabur
Cara2 membuat filling:
1. Gaul bahan2 A atas double boiler hingga pekat.
2. Kemudian, satukan bahan B, cairkan atas double boiler. Campurkan dengan bahan A tadi, ketepikan.
3. Pukul bahan C hingga lembut. Masukkan pula bahan D, pukul sebati. Satukan dengan adunan A + B (langkah 2 )tadi.
4. Kemudian, masukkan bahan E yang telah dipukul hingga kembang. Kaup balikkan hingga sebati.
Mocha ganache:
150g bittersweet cooking chocolate, dicincang
1/2 cawan whipping cream
1 sb serbuk kopi segera
14g butter
Cara2 membuat mocha ganache:
1. Satukan whipping cream & serbuk kopi. Panaskan hingga berbuih pada tepi periuk.
2. Tuang cream atas coklat yang dicincang, gaul rata.
2. Tuang cream atas coklat yang dicincang, gaul rata.
3. Masukkan butter, gaul rata. Simpan ganache dalam bekas hingga sedia untuk digunakan.
Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan loose base tin bersaiz 8' atau cake ring.
2. Potong coffee sponge cake kepada dua lapisan.
2. Potong coffee sponge cake kepada dua lapisan.
2. Letak satu lapisan kek dalam loyang atau dalam cake ring yang dialas dengan cake board, lembabkan dengan coffee syrup atasnya.
3. Tuang 1/2 adunan filling. Ratakan. Letak pula lapisan kek yang kedua, lembabkan dgn coffee syrup & tuang baki filling, tutup & sejukkan selama 5 jam atau semalaman hingga filling mengeras.
4. Keluarkan kek, tuangkan sedikit mocha ganache ditepi2 & taburkan serbuk koko atasnya.
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)