Thursday 27 March 2014

Coconut cream cheese cake


Semalam cuba buat kek kelapa yang padaku sedap sangat .Resepi asal guna mascarpone cheese tapi tu hari tak jumpa pulak.Biasa bila tak guna banyak jual.Lain kali jumpa harus beli terus.Ni pun saja cuba buat fondant sendiri guna mashmallow.Sempena cuti sekolah yg dah nk habis ni ikutkan je lah kehendak anak2 nak kek fondant yang klu boleh macam2 nak di bubuh.Terima kasih dari Eveyln.resepi  asal di bawah.                                                                                             Coconut mascarpone cheesecake

Bahan sponge cake :
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila

4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum, di ayak

D
50g minyak jagung

Cara2 membuat sponge cake:
1. Pukul bahan A hingga ringan & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Kaup balikkan bahan B ke dalam bahan A hingga sebati.

4. Tuang bahan C, gaul sebati. Kemudian, tunag pula bahan D, gaul lagi hingga sebati.

5. Tuang ke dalam loyang bersaiz 20 cm yang telah di griskan.

6. Bakar kek pada suhu 180 C selama 30 minit. Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari oven & sejukkan atas wire rack.


Filling :
A
250g mascarpone cheese
40g gula aising

B
200g whip cream

C
60g kelapa parut (di panggang / sangai)

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga sebati.

2. Masukkan bahan B, pukul hingga pekat.

3. Kemudian, masukkan pula bahan C, gaul rata.


Topping:
60g kelapa parut (dipanggang / sangai)
150g whip topping cream - dipukul
60g whip topping cream + 1 sk chocolate paste - dipukul

Cara2 menyusun cake:
1. Ambil sponge kek, potong kepada 3 lapisan.

2. Letakkan satu lapisan kek atas cakeboard, sapukan rata 1/2 adunan filling. Ulang semula proses hingga lapisan kek yang terakhir di letakkan di atas.

3. Sapukan kemas whip cream yang telah di pukul ke seluruhan kek.

4. Tabur kelapa panggang di tepi kek & hiaskan dengan whip topping cream coklat.

5. Sejukkan kek 30 minit sebelum di hidang.


Selamat mencuba....

Add caption



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...