Monday, 20 October 2014

Kek gula hangus

 Ini kali ke3 kucuba buat kek ni setelah semuanya tak menjadi.Alhamdulillah akhirnya berjaya juga walaupun sarangnya tak berapa cantik namun rasanya sedap dan manisnya secukup rasa.Ku terbaca di blog kak ita masam manis kek ni yang pasti menjadi jika mengikut resepi dan cara2 nya .Terima kasih empunya resepi asal arwah ibu kak Nor di Sini dan kak ita di Sini.Oleh kerana yang ini kuperap tak berapa lama jadi sarangnya tak cantik sangat tapi ku ada buat sekali lagi untuk bawa pulang kekampung tapi lupa nak snap foto.Sarangnya cantik  macam kak ita buat.Rupanya memang mudah buat kek ni.izinkan untuk simpan resepi ni di sini.Kuguna resepi yang kak nor kurang kan.Tetapi ku tersalah baca resepi jadi ku bubuh mentega hanya 3 sudu besar saja.kek tu seperti diatas.Kemudian kubuat lagi seperti resepi ini.Selamat mencuba.
Bahan-bahan asal (resepi Arwah mak Kak nor)
250gm mentega
12biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2cawan tepung gandum(ayak)
4 sudu kecil soda bicarbonate
Bahan-bahannya:(resepi yang kak nor kurang kan)
1 1/4 cawan gula halus( kuguna gula perang)
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A(suhu bilik Jgn sejuk dari peti sejuk)
1/4 cawan susu pekat manis(suhu bilik Jgn sejuk dari peti sejuk)
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla 
Cara-caranya:  Cairkan gula di dalam bekas yang sesuai dengan api kecil supaya tak hangus.Jangan dikacau.Biarkan gula cair sendiri.Kalau tak gula akan berketul2.Bila gula dah cair sepenuhnya barulah dituang air panas.Biarkan sejuk.Di bekas yang lain cairkan mentega dah sejukkan.Kemudian pecahkan telur dan dikacau untuk rata saja dengan sudu.Masukkan susu pekat dan mentega cair yang sudah sejuk tadi.Kacau perlahan saja.Masukkan  tepung dan soda bikarbonat yang sudah diayak,esen vanilla dan gula hangus yang sudah sejuk.Perapkan adunan 3-4 jam atau lg lama lagi cantik kejadiannya.Panaskan oven suhu 170c api bawah saja selama 15 minit.Kemudian Alaskan loyang dengan kertas minyak yang di  sapu sedikit mentega.Tuang adunan yang sudah Siap diperap tadi.Bakar kek selama 35 minit dengan api bawah saja Dan 10 minit terakhir baru dipasang api atas Dan bawah dengan suhu 165c-170c.Kuguna 170c saja.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...