Monday 20 October 2014

donut kentang

Donut kentang ni memang lembut walaupun di biarkan lama.terima kasih empunya resepi ni.Resepi ni  dari blog kak yatimemories Sini.Izinkan untuk simpan resepi ni di sini.

Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
200gm kentang/ keledek yang telah direbus dan dilecek
4 sudu besar susu tepung (kuganti susu pekat)
1 biji telur(dipukul)
200ml air suam(uli pakai tangan masuk air sedikit2 dlm 1/2 cwn)
3 sudu besar mentega/majerin
3 sudu besar gula(kuguna gula gula perang)
2 sudu kecil yis

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...