Setiap kali blog kak yatiememories post kuih kaswi ni terliur nak makan hasil air tangan sendiri.Bukan apa kalau buat sendiri banyak sikit dapat makan:).Terima kasih perkongsian resepi yang sedap ni.Izinkan untuk di simpan resepi ni disini pula.Resepi ni telah kuubahsuai sedikit kerana tiada tepung ubi.Kugantikan sukatan tepung ubi kepada tepung jagung juga.Resepi asal disini
Bahan-bahan(loyang 10x10inci)
Bahan A:dimasak hingga mendidih,sejukkan dan tapis.
Bahan A
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula merah
500ml air
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan disimpul
Bahan B:disatukan di dalam mangkuk
1 1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung ubi ( kuganti tepung jagung , jadi sukatan semua tepung jagung ialah 2 cawan)
1/2 cawan tepung jagung
800ml santan (400ml santan + 400ml air)
2 sudu besar air kapur
Cara-cara
-Masak bahan A hingga mendidih ,biarkan suam Dan tapiskan.
-Dalam mangkuk lain ,satukan bahan B.
-Bahan A Dan B disatukan Dan digaul rata Dan tapis lagi.
-Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan panaskan loyang terlebih dahulu di dalam kukusan.
-Setelah loyang panas barulah dituang adunan tadi.
-Ikat penutup kukusan dengan kain untuk elak air wap menitik ke dalam adunan ketika kukus.Kukus adunan selama 30-40 minit atau hingga masak.
-Buangkan jika ada air bertakung didalam adunan setelah 30-40 minit masak.
-Sejukkan kuih barulah boleh dipotong dan dimakan dengan kelapa parut .Selamat mencuba.
BSini
No comments:
Post a Comment