Friday 18 September 2015

Pau lembut


Pertama kali cuba buat pau tapi tak menjadi ni cubaan kedua suka2 jadi juga dan masih lembut walau seharian dibiarkan .pau ni berinti kelapa parut yang dimasak bersama gula melaka tanpa minyak.Kalau guna gula merah pun boleh tapi bau tak sewangi gula melaka.pelbagai intinya boleh buat ikut kreativiti memasing le kan.Ku tak guna kain untuk diikat pada penutupnya tapi alhamdulillah tiada titisan air wap jatuh pada pau gebu ni dan tak menggerutu .Terima kasih pada
yang kongsi resepi ni Sini
    1. Bahan-bahan ( 10 biji )
      250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)kuguna tepung gandum faiza
      3g (3/4 sudu teh) yis kering
      2g (1/2 sudu teh) baking powder
      50g (4 sudu makan) gula castor
      20g (1 sudu makan) lemak sayuran
      2g (1 sudu teh) bread softener
      1/2 cawan air suam

      Cara-cara
    2. masukkan satu sudu besar tepung ,yis dan sedikit air suam saja untuk memastikan yis aktif(berbuih jika tak guna yis baru)dan barulah boleh 
    3. Satukan tepung,baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan. 
    4. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
    5. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
    6. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
    7. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
    8. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
    9. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
    10. Masukkan inti dan tutup kemas.
    11. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
    12. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
    13. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
    14. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
    15. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
    16. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...