Thursday 27 March 2014

Coconut cream cheese cake


Semalam cuba buat kek kelapa yang padaku sedap sangat .Resepi asal guna mascarpone cheese tapi tu hari tak jumpa pulak.Biasa bila tak guna banyak jual.Lain kali jumpa harus beli terus.Ni pun saja cuba buat fondant sendiri guna mashmallow.Sempena cuti sekolah yg dah nk habis ni ikutkan je lah kehendak anak2 nak kek fondant yang klu boleh macam2 nak di bubuh.Terima kasih dari Eveyln.resepi  asal di bawah.                                                                                             Coconut mascarpone cheesecake

Bahan sponge cake :
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila

4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum, di ayak

D
50g minyak jagung

Cara2 membuat sponge cake:
1. Pukul bahan A hingga ringan & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Kaup balikkan bahan B ke dalam bahan A hingga sebati.

4. Tuang bahan C, gaul sebati. Kemudian, tunag pula bahan D, gaul lagi hingga sebati.

5. Tuang ke dalam loyang bersaiz 20 cm yang telah di griskan.

6. Bakar kek pada suhu 180 C selama 30 minit. Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari oven & sejukkan atas wire rack.


Filling :
A
250g mascarpone cheese
40g gula aising

B
200g whip cream

C
60g kelapa parut (di panggang / sangai)

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga sebati.

2. Masukkan bahan B, pukul hingga pekat.

3. Kemudian, masukkan pula bahan C, gaul rata.


Topping:
60g kelapa parut (dipanggang / sangai)
150g whip topping cream - dipukul
60g whip topping cream + 1 sk chocolate paste - dipukul

Cara2 menyusun cake:
1. Ambil sponge kek, potong kepada 3 lapisan.

2. Letakkan satu lapisan kek atas cakeboard, sapukan rata 1/2 adunan filling. Ulang semula proses hingga lapisan kek yang terakhir di letakkan di atas.

3. Sapukan kemas whip cream yang telah di pukul ke seluruhan kek.

4. Tabur kelapa panggang di tepi kek & hiaskan dengan whip topping cream coklat.

5. Sejukkan kek 30 minit sebelum di hidang.


Selamat mencuba....

Add caption



Tuesday 25 March 2014

Roti puri

Pagi ni google dan cuba buat roti puri yang mudah ni.Terima kasih empunya resepi ni yatie zaini My resepi .Tapi Ada yang gelembung dan ada tidak .kena banyak praktis ni.Dohnye pun tak sama besar .Buat dengan anak2 gitu le jadi.Roti ni Rasanya lembut di dalam dan ranggup di luar.Ku makan cicah  kari ikan je .Habis dah anak-anak makan.Biasa makan kat restoran mamak,lepas ni buat sendiri je tapi kena belajar buat puri kentang pulak.

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air( jika perlu saja)
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. Dsc05844
    siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Saturday 1 March 2014

Selamat ulang tahun sofea qistina @ epal yang ke 9 tahun.

26 februari lalu genap lah umur sofea qistina @ epal yang ke 9 tahun.Moga  kakak menjadi anak yang taat pada ibuayah dan ALLAH SWT ,menjadi anak solehah selamat dunia akhirat .Ibu cuba buat kek rainbow permintaan kakak walaupun tak secantik mana.Resepi ni guna kek span dari Sini .Terima kasih dari empunya resepi ni sweet4 ever di myresepi dan frosting kek rainbow ni guna cream cheese sepenuhnya.Lebih kurang 750gm cream cheese,gula icing ikut suka manis dan jus lemon.Tapi lapisan kek biru melekat pulak .kesilapan teknikal masa masak.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...