Sesiapa yg berminat untuk membeli Z'Ria Perfume atau menjadi agen dropship boleh whatsapp saya 012 7934051..cod Ulu tiram Johor bahru harga mampu milik hanya rm55 tidak termasuk postage sm size 35ml atau cod taman bestari indah/taman bukit tiram Ulu tiram johor
Thursday, 8 May 2014
Kuih cek mek molek
Keledek ni ada 2 minggu lebih jiran bagi tapi tak terusik.Suaminya rajin tanam sendiri kat ladang ,sebelum ni untuk berjual tapi kali ni tanam sikit je .Keledeknya manis .Cuma sebiji Kutinggalkan hingga bertunas gitu, kononnye nak ditanam.Baki lebihan keledek tu banyak jadi kubagi guru ngaji anak2.Jadi bila jumpa kakak tu dia ckp nk buat cek mek molek.Apalagi google le resepi.Emm senang je rupanya nak buat. Bahan-bahan : Keledek (direbus dan dilecek halus). Sedikit tepung gandum dan gula (kuguna gula perang) Cara-cara: Uli keledek yang dilecek tadi dengan sedikit tepung gandum saja.Kalau terlebih tepung tak sedap.Agak-agak je le .Bulatkan sebesar telur dan leperkan untuk diisi gula.agak-agak je asal boleh tutup balik dan bentukkan membujur.Goreng api sederhana dah perang kekuningan angkat.
Tuesday, 6 May 2014
tepung bungkus
Pertama kali makan kuih tepung bungkus yang dibuat kakak ipar yg asal dari Kelantan macam jakun pulak maklum le biasa makan yang berisi pisang.Tapi bila dah makan sedap .Jadi ku google jumpa resepi ni Di sini.Terima kasih resepi yang dikongsi ni.Kuguna gula merah saja apa yang ada lain kali memang kena guna gula Melaka baru sedap dan intinya ku tak letak tepung gandum tu pasal berselerak inti kelapanya.Sebab buat pun untuk Lily makan,jadi kelam kabut . Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam
Daun pisang secukupnya
(Bahan B) Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan
Bahan C
1 cawan tepung pulut( ku tak guna)
sedikit air
Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti. 7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
Monday, 5 May 2014
Pulut mangga Khao Niaow Ma Muang
As Salam pulut mangga ni rezeki kawan yang kebetulan datang hantar kain langsirnya untuk dijahit.Datang tak bagitau apa yang ada je le makan.Pertama kali makan pulut berkuah santan dan mangga ni.sedap jugak.Pernah dulu zaman bujang kawan serumah buat tapi makan dengan durian.Kawan tu asal kelantan.Jadi masakan sana ada per persamaan dengan thailand kot.Mangga ni tak silap jenis chokanan atau black gold Thai ..Terima kasih empunya resepi ni.Resepi asal Myresepi |
Friday, 2 May 2014
roti jala
As Salam pertama kali buat roti jala setelah jadi seorg isteri dan ibu 10 tahun hi..hi..ok lah Ada keberanian nak buat setelah 9 thn yg lepas cuba tapi tak menjadi.Dapat bagi jiran sebelah rumah merasa .Terima kasih resepi yang dikongsi Disini Bahan-bahan:
3/4 cwn air. 1/2 cwn susu segar@air ~kuguna santan
1 cwn tepung gandum
1/2 st garam
Pewarna kuning
1 biji telur
3 sb minyak atau butter cair
CARA:semua bahan di atas diadun sebati ,guna blender pun boleh dan tapiskan.Kiraikan adunan dikuali leper yang telah dibubuh sedikit minyak dan dipanaskan.Angkat bila masak.Lipatkan setiap penjuru dan gulung
.
3/4 cwn air. 1/2 cwn susu segar@air ~kuguna santan
1 cwn tepung gandum
1/2 st garam
Pewarna kuning
1 biji telur
3 sb minyak atau butter cair
CARA:semua bahan di atas diadun sebati ,guna blender pun boleh dan tapiskan.Kiraikan adunan dikuali leper yang telah dibubuh sedikit minyak dan dipanaskan.Angkat bila masak.Lipatkan setiap penjuru dan gulung
.
kek keladi
As Salam .Dapat juga siapkan dan merasa kek keladi creamcheese .Rasa kek keladi ni emm memang sedap bagi pengemar keladi.Sebelum in dah beli keladi tapi asyik tertanguh dan akhirnya jadi keladi goreng je.Tapi sebab nak tau apa rasanya rajinkan juga buat.Terima kasih resepi asal yang dikongsi dari blog My baking workshop .Fillingnya nipis pulak mungkin lain kali kena bagi tebal sikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)