Tuesday 6 May 2014

tepung bungkus

Pertama kali makan kuih tepung bungkus yang dibuat kakak ipar yg asal dari Kelantan macam jakun pulak maklum le biasa makan yang berisi pisang.Tapi bila dah makan sedap .Jadi ku google jumpa resepi ni Di sini.Terima kasih resepi yang dikongsi ni.Kuguna gula merah saja apa yang ada lain kali memang kena guna gula Melaka baru sedap dan intinya ku tak letak tepung gandum tu pasal berselerak inti kelapanya.Sebab buat pun untuk Lily makan,jadi kelam kabut .                                                                    Bahan A
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sedikit garam
Daun pisang secukupnya

(Bahan B) Bahan-bahan inti: 
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Bahan C 
1 cawan tepung pulut( ku tak guna)
sedikit air  

Cara:

1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.

3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.

4. Bancuh bahan C hingga boleh bentukkan adunan tepung tersebut dan balut inti (nipis sahaja).

4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.

6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.             7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...