Monday, 2 June 2014

Kek lumut bakar

Kali ke2 cuba kek lumut ni versi bakar je.kek yang wangi,lembap dan sedap.Resepi telah  ku copy untuk rujukan Di sini.Terima kasih resepi sumber asal di Disini dan Disini.

Laksam

Laksam ni kubuat sebab nak habiskan ikan kembung yang dah lama sangat dalam peti sejuk.Lagipun lama tak makan.Rajinkan dirilah buat.Ulaman ambil tepi rumah je .tauge ku ganti daun ulam raja sebab takde stok.Terima kasih resepi yang mudah ni dari yani my resepiMyresepi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Sunday, 1 June 2014

checkered rainbow cake

Selamat ulang tahun hasya qasdina @ Ceri  yang ke 7 tahun pada 29 hb Mei lalu.Moga adik jadi anak solehah selamat dunia akhirat amin..Hanya kek checkered rainbow dengan henry huggles monster yang cenonet  ni je le ibu reti buat.emm ayah hasya kata punya lama buat cuma kutu cenonet ni je.hi..hi...walaupun jauh benar rupanya dari kartun asal tapi rasa sedap.Kek bersalut fondant jadi lembap .Rumah takde econ payah nak wat kek gini.Kek span dari hari Jumaat dah siap tapi hari tu bf zaman kecik2  dulu dtg sekeluarga baru pindah dari KL ke jb jd ahad pagi cepat2 siapkan fondant tu pun tergendala lagi sebab melawat adik ipar baru bersalin  ank sulung kat HSI.Singgah tesco cari lauk balik siapkan lagi kek.Akhirnya siap juga.petang tu pergi hantar kek sikit untuk bf hasya di bukit tiram.Nasib jumpa rumahnya.tapi bf  hasya kena chicken pox pula.jadi bagi ibunya je le.Kek ni hanya guna kek span dan layer cream cheese frosting sepenuhnya.Tapi ada kesilapan teknikal masa susun kek ni jadi tak seperti yang  dirancang.Lain kali le buat betul2.Terima kasih resepi  Kek span dari sweet4 ever.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...