Sunday, 1 June 2014

checkered rainbow cake

Selamat ulang tahun hasya qasdina @ Ceri  yang ke 7 tahun pada 29 hb Mei lalu.Moga adik jadi anak solehah selamat dunia akhirat amin..Hanya kek checkered rainbow dengan henry huggles monster yang cenonet  ni je le ibu reti buat.emm ayah hasya kata punya lama buat cuma kutu cenonet ni je.hi..hi...walaupun jauh benar rupanya dari kartun asal tapi rasa sedap.Kek bersalut fondant jadi lembap .Rumah takde econ payah nak wat kek gini.Kek span dari hari Jumaat dah siap tapi hari tu bf zaman kecik2  dulu dtg sekeluarga baru pindah dari KL ke jb jd ahad pagi cepat2 siapkan fondant tu pun tergendala lagi sebab melawat adik ipar baru bersalin  ank sulung kat HSI.Singgah tesco cari lauk balik siapkan lagi kek.Akhirnya siap juga.petang tu pergi hantar kek sikit untuk bf hasya di bukit tiram.Nasib jumpa rumahnya.tapi bf  hasya kena chicken pox pula.jadi bagi ibunya je le.Kek ni hanya guna kek span dan layer cream cheese frosting sepenuhnya.Tapi ada kesilapan teknikal masa susun kek ni jadi tak seperti yang  dirancang.Lain kali le buat betul2.Terima kasih resepi  Kek span dari sweet4 ever.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...