Friday, 20 December 2013

Kek lumut bakar

Kek lumut ini hanya pada nama dan rasa sahaja,tetapi tidak pada warnanya yang tidak berlumut hijau sebaliknya berwarna hijau pucat.Apabila sudah ambil foto menjadi warna macam kuning pula.Oleh kerana mahu habiskan  baki kaya roti yang sudah lama di dalam peti sejuk jadi kucuba kek lumut ini.Rasanya sedap sangat dan lembut.Kuguna pati daun pandan sahaja disebabkan tiada pewarna tiruan hijau.Di lain masa boleh menggunakan pewarna tiruan kot.Terima kasih empunya resepi ini Dapurku Sayang dan dari Sinar Kehidupankanku  juga resepi ni setengah adunan rasanya.



Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya
  • 2 sudu besar seri kaya
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)kubakar 30-40 minit api 180 atas bawah dan guna kaedah Bain Marie.isikan air panas mendidih dalam dulang bawah sekali dan loyang kek atas tray tengah.
                              

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...