Sesiapa yg berminat untuk membeli Z'Ria Perfume atau menjadi agen dropship boleh whatsapp saya 012 7934051..cod Ulu tiram Johor bahru harga mampu milik hanya rm55 tidak termasuk postage sm size 35ml atau cod taman bestari indah/taman bukit tiram Ulu tiram johor
Showing posts with label Kek red velvet marble cheese. Show all posts
Showing posts with label Kek red velvet marble cheese. Show all posts
Sunday, 5 April 2015
Thursday, 19 February 2015
Tempahan kek red velvet marble cheese
Tempahan Kek ni februari yg lalu.Terima kasih resepi kek red velvet moist yang dikongsi dari sini
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- *2 cawan tepung kek/superfine( Kuguna tepung blue key berserbuk penaik jadi baking powder,soda bicarbonate Dah tak diperlukan)
- *2 sudu besar serbuk koko
- *1 sudu kecil baking powder
- *1 sudu kecil soda bicarbonat
- *1 sudu kecil garam
- 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
- 1 cawan gula halus(kuguna gula perang)
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 cawan minyak masak ( kuguna minyak jagung daisy)
- 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
- 2 biji telur A
- esen vanila
Topping
- 250g cream cheese @ satu ketul
- 1/2 cawan whipping cream( untuk red velvet marble cheese yg ini Tak guna) deco red velvet Biasa Boleh guna.
- 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
- 1 sudu besar jus perahan lemon
Cara-cara
- Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih( kuguna lemon atau limau kasturi jika tiada)Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
- Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul secara kaup balik.
- Lengserkan loyang dengan butter dan tepung ( kuguna kertas minyak yang dipotong Lebih untuk memudahkan meng angkat kek .tuang adunan Dan Hentakkan loyang 3 Kali perlahan untuk buang udara Dan bakar 45minit. (Kubakar 30 minit)Kek ini boleh juga dikukus. Panaskan oven 15 min Sebelum bakar dgn suhu 175-180 c.jangan buka oven 20 minit pertama.
- Sementara menunggu kek masak Putar creamcheese yang dah dilembutkan pada suhu bilik ,Masukkan perahan lemon ,gula icing,sebiji telur.Apabila kek masak ,curahkan adunan cheese keatasnya Dan Lorekkan ikut sukahati dgn 1 sudu Besar adunan kek yang diasingkan.bakar sekali lagi dgn suhu 160-170 c.25-30 minit.bakar secara steambath.air panas diisi dalam dulang oven.
Tempahan kek red velvet marblecheese Ulang tahun
Lamanya tak menaip dalam blog ni .Rutin setiap hari menghantar pergi balik anak-anak ke sekolah,buat kerja rumah rasanya seperti tak cukup masa.Kadang dapat le terlelap kejap 10 minit bila tidurkan dan menyusukan Lily ..Banyak ter simpan dalam draft je.Kek red velvet marblecheese seberat 2kg ini ditempah 2 orang kakak bekas tempat kerja..kek ni untuk ulang tahun anaknya.
Friday, 10 January 2014
Red velvet marble cheese
Tempahan kek red velvet marble cheese lagi ,Terima kasih pada yang tempah lupa pula namanya tadi datang rumah dgn kak su ambil sendiri.Sebelum ni pun ada tempah juga tapi lupa nak ambil foto.
Thursday, 26 December 2013
Red velvet marble cheese
Sudah beberapa hari tidak kemaskini blog ini.Sibuk menyiapkan persiapan anak-anak mahu naik sekolah. Ini tempahan dua red velvet marble cheese size 6 inci untuk kak su taman saujana Kota Tinggi,tukang jahit bajuku sekeluarga.Kak su minta snowy cheese kek,tapi ku belum beli penyagat.Lain kalilah ek.
Subscribe to:
Posts (Atom)











