Showing posts with label Nasi berlauk. Show all posts
Showing posts with label Nasi berlauk. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

Nasi berlauk

Semalam teringin nak mkn ayam bakar ringkas je.Ayam ni kuperap sekejap je sebab nak masak cepat. Bawang putih,cili kering,halia,lada hitam,kunyit hidup,ketumbar kesemuanya dikisar halus.Serai kutakde stok.Pokoknya dah kena mesin rumput.Lepas tu ku goreng dengan minyak sedikit je.Pusing terbalikkan sampai perang.Ayam tu kucucuk dengan pisau supaya darahnya cepat kering dan Ayam cepat masak.Dah kering darah kubakar 30 min suhu api 180 atau sehingga masak.Daun kunyit takde kuganti daun limau purut tabur atas ayam tu.Anak2 makan sorang seketul dengan nasi bertambah2 .

Tuesday, 3 December 2013

Nasi berlauk

Untuk makan malam masak kari ayam babas je.Ku tak masak sayuran lain.Cuma bubuh kentang dan lobak merah dalam kari pekat ni.Suka pakai rempah ni.Sebelum ni pakai adabi tapi dah serasi pula dengan yang ni.Rempahnya pedas tapi tengok anak2 laju makan senang nk masak.Sebelum ni kalau ada rasa pedas sikit tak mau makan.Termasuk Lily le kena belajar hi..hi...ku tumis bawang besar,bawang putih,halia ,serai ,daun kari,sikit cili kering tumbuk atau blend hingga naik bau.masukkan rempah kari babas ikut suka ,ku letak 3 sudu bsr,air sikit biarkn pecah minyak.Masukkan ayam,asam keping 2 ,kentang ,lobak merah dan ku pakai santan kotak m&s je dan tambahkn air agak2 ikut kepekatan santan.Apabila Ayam hampir masak ku tambah bunga kantan hiris atau blend .garam secukup rasa.Kat rumah ni ku tak pernah masak guna ajinomoto.Kalau ada tetamu datang je baru pakai.

Sunday, 1 December 2013

Nasi berlauk


Semalam ada jemputan kahwin kat air tawar 5 rumah adik ipar. Tapi singgah dulu air tawar 3,tgk abah mertuaku je ada.Mak dan kakak 2 iparku dah pergi dulu.Biasa le familiku selalu lambat  bab2 berkonvoi ni.Sana hujan lebat pulak tu,terpaksa tunggu reda.Kebetulan nk kena tunggu abg ipar dr Masai pulak.Tgk takde tanda2 hujan akan reda,makin lebat adalah.Tak lama ,pakcik suami dtg dan abg ipar pun sampai.Terpaksalah kena tunggu lagi tetamu balik.Nasi hari ini kat kg takde masak,nasib    ada tapai pulut dan keledek.Kukupas cepat2 ,cari tepung pulak tak jumpa.emm...suruh abg cari jumpa pun.Sambil goreng kucapai payung terus redah hujan nak cari cili api kat tepi rumah .Kecik2nya baka cili mak tanam,tapi banyak pokoknya.Kuambil sikit je.Tengah tumbuk nak buat sambal kicap abah tanya nak buat sambal apa .Ku bagitau nak buat sambal kicap.Rupanya mak dah buat tu duduk bawah tudung saji.Emm tu le tak cari dulu.Tapi takpe lah tambah je le.Hari hujan sedap makan panas2.Tengok laju je pakciknya makan.Tetamu balik bergegas pergi jemputan.Terserempak tgh jln je mak dan kakak ipar nak balik dah.Makan nasi putih lauk,daging masak  hitam,acar nenas,gulai lemak pisang.Sedap makan...Balik jb hujan selebatnya.sampai le pagi ni.Semlm kumasak salmon grill ,sayuran tumis  dan daging masak ladahitam.

Saturday, 30 November 2013

Nasi putih berlauk

Biasa hari minggu cuti masak.TApi  kadang anak kurang mkn  klu tapau  makanan.Jadi Balik dari Beli brg dapur kat tesco ,tidokan lily bergegas masak.Oleh kerana selera Rumah ni Mmg tak sama jd penuh le meja.Susah klu nk masak  selera ank2 lain.biasa org mkn kerang dgn sambal kicap tp ku mkn dgn tempoyak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...