Showing posts with label Pokok mangga epal. Show all posts
Showing posts with label Pokok mangga epal. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Mangga epal besar



 Mangga epal ni kali kedua berbuah dan yang ni kupetik pada bulan Ramadan lalu.Itupun gara-gara risau tengok sedikit kulit luarnya dah tompok hitam.Kurasa mesti dah busuk tapi bila dipicit buahnya keras lagi.Buahnya besar sangat sama kepala anak yg kecil.Agaknya kalau tak petik mau lg besar .Bila kukupas buahnya belum masak dan takde rosak pun.emm sbb belum masak jadi rasanya masam berbanding kalau dah masak manis macam madu.Ku google katanya ni mangga kelapa tapi entahlah baka ni apa sebenarnya.4 hari lepas 3 biji buah ni hilang .Saiznya juga sama besar seperti ni.Tapi agaknya menarik perhatian orang yang ternampak.Walaupun satu biji duduknya dalam halaman rumah dan 2 biji lagi berjuntai ke luar pagar rumah pun diambil.Emm apa salahnya yg di dalam tu ditinggal utk tuan rumah entah macam mana gaya orang tu panjat pagar ...Bila suami berbual dengan jiran sebelah dia kata ternampak orang yang turap tar jalan taman ni ambil mangga tapi di depan rumah kami.Pokok tu takde sesiapa punya jadi biasa bila berbuah banyak kami jiran2 bahagikan sama rata untuk agihkan.Emm mungkin bukan rezkiku ....bagusnya pokok ni sentiasa berbunga tak ikut musim.Abaikan rokok sebelahnya bahaya untuk kesihatan hi..hi...



Tuesday, 10 December 2013

Pokok mangga epal

 Akhirnya dapat merasa buah mangga epal yang cuma sebiji je buahnya menjadi.Selain tu berguguran dah bunganya.Semalamnya ku tabur baja buah dah.Mudahan lekat le bunganya nanti.Rasa 3 kali baru belajar berbunga.Buahnya manis macam madu dan wangi baunya.Sebelum ni abang kata tu bukan mangga epal sebab bentuknya lain masa buahnya kecil lagi.Ha skrg baru nak percaya.Lebihan dari kek kucampur aiskrim oreo dan potongan buah mangga.Sedapnya bila makan sejuk2.Sememehnya kupotong mangga tu hi..hi...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...