Showing posts with label Kek checkered rainbow. Show all posts
Showing posts with label Kek checkered rainbow. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

Ulang tahun Lily dan ayahnya


Selamat ulang tahun juga untuk Lily dan ayahnya pada 19 oktober lalu.Tarikh lahir kebetulan sama anak ayah sorang ni.Kek span checkered rainbow dilapisi cream cheese dan dicurah coklat ganache.kek span sama seperti diSini
Kek ni dihiasi fondant.Sebenarnya kucari gum untuk buat gumpaste tapi takde jual di kedai bakeri.Tapi auntie tu cakap gum tu buat pakai putih telur dan gula icing pun boleh.Makanya ku cuba.tapi kumasak kaedah boiler.tu pun agak2 je sukatan tuk sebiji putih telur.Memang keras fondant yang di uli sedikit gam tu.ku tak letak pada semua hiasan tu.Tapi rasanya masih belum kemas kek ni.Kena  banyak praktis.

Sunday, 1 June 2014

checkered rainbow cake

Selamat ulang tahun hasya qasdina @ Ceri  yang ke 7 tahun pada 29 hb Mei lalu.Moga adik jadi anak solehah selamat dunia akhirat amin..Hanya kek checkered rainbow dengan henry huggles monster yang cenonet  ni je le ibu reti buat.emm ayah hasya kata punya lama buat cuma kutu cenonet ni je.hi..hi...walaupun jauh benar rupanya dari kartun asal tapi rasa sedap.Kek bersalut fondant jadi lembap .Rumah takde econ payah nak wat kek gini.Kek span dari hari Jumaat dah siap tapi hari tu bf zaman kecik2  dulu dtg sekeluarga baru pindah dari KL ke jb jd ahad pagi cepat2 siapkan fondant tu pun tergendala lagi sebab melawat adik ipar baru bersalin  ank sulung kat HSI.Singgah tesco cari lauk balik siapkan lagi kek.Akhirnya siap juga.petang tu pergi hantar kek sikit untuk bf hasya di bukit tiram.Nasib jumpa rumahnya.tapi bf  hasya kena chicken pox pula.jadi bagi ibunya je le.Kek ni hanya guna kek span dan layer cream cheese frosting sepenuhnya.Tapi ada kesilapan teknikal masa susun kek ni jadi tak seperti yang  dirancang.Lain kali le buat betul2.Terima kasih resepi  Kek span dari sweet4 ever.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...