Friday, 18 September 2015

Pau lembut


Pertama kali cuba buat pau tapi tak menjadi ni cubaan kedua suka2 jadi juga dan masih lembut walau seharian dibiarkan .pau ni berinti kelapa parut yang dimasak bersama gula melaka tanpa minyak.Kalau guna gula merah pun boleh tapi bau tak sewangi gula melaka.pelbagai intinya boleh buat ikut kreativiti memasing le kan.Ku tak guna kain untuk diikat pada penutupnya tapi alhamdulillah tiada titisan air wap jatuh pada pau gebu ni dan tak menggerutu .Terima kasih pada
yang kongsi resepi ni Sini
    1. Bahan-bahan ( 10 biji )
      250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)kuguna tepung gandum faiza
      3g (3/4 sudu teh) yis kering
      2g (1/2 sudu teh) baking powder
      50g (4 sudu makan) gula castor
      20g (1 sudu makan) lemak sayuran
      2g (1 sudu teh) bread softener
      1/2 cawan air suam

      Cara-cara
    2. masukkan satu sudu besar tepung ,yis dan sedikit air suam saja untuk memastikan yis aktif(berbuih jika tak guna yis baru)dan barulah boleh 
    3. Satukan tepung,baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan. 
    4. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
    5. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
    6. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
    7. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
    8. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
    9. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
    10. Masukkan inti dan tutup kemas.
    11. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
    12. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
    13. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
    14. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
    15. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
    16. Selamat mencuba...

Wednesday, 16 September 2015

Donut kentang lembut



 Emm sedap sangat donut kentang ni lembut walaupun sudah sejuk.Sebenarnya dah banyak kali guna resepi ni.Resepi ni antara yang harus untuk sesiapa cuba.Donut ni macam Kurus sikit sebab tercanai nipis dohnya.Terima kasih pada blog ini .http://yatiememories.blogspot.my/2014/01/donut-kentang.html                                                                                                                                       Resepi donut kentang.                                            
Bahan-bahan:        
            250 gm tepung gandum (kuguna tepung faiza dn ayak)
200gm kentang (rebus dan dilenyek)
200ml air suam
3 sudu besar marjerin /mentega (kuguna shortening)
3sudu besar gula(kuguna gula perang)
2 sudu kecil yis(kuguna 
Mauripan)   
Sebiji telur(Dipukul sikit )
4 sudu besar susu tepung
Cara-cara saya:
1)Satu sudu besar tepung dibancuh dengan sedikit air suam yang diambil dari 200ml tadi,yis dan gula (biarkan semua bahan ni hingga berbuih untuk tau yis hidup atau tak)
2)gunakan mangkuk 
besar, masukkan bancuhan yis tadi dengan tepung gandum,kentang,mentega/shortening,telur,susu tepung dan air suam curah sedikit demi sedikit agak2 uli tak melekit.
3) tutup atas permukaan mangkuk doh tadi dengan kain bersih yang lembap.biarkan doh naik  kembang  dari kuantiti asal.
4)setelah kembang tumbukkan dengan tangan doh tu untuk keluarkan angin.barulah diuli semula .jika melekit bubuh sedikit tepung gandum di tangan.canai doh dan terap .tabur dulang dengan sedikit tepung gandum dan susun donut yg dah siap terap.biarkan hingga kembang barulah digoreng dalam minyak penuh panas dengan api sederhana.setelah perang bolehlah disejukkan dan apalagi kita makan le...sukahati nak salut coklat atau gula icing.                                                                                   Cara-cara dari blog asal di bawah :
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
               
         












http://yatiememories.blogspot.my/2014/01/donut-kentang.html




Jus Lega alternatif penawar kolestrol dan darah tinggi..

Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah menghubungi no diatas.Penghantaran seluruh Malaysia In Sha Allah mudahan dapat menyembuhkan penyakit dgn izinNya..

Kek lumut bakar(steambath)

Lamanya tak menulis kat blog ni.nak upload gambar tergendala terpaksa godeh macam2 cara.Emm akhirnye berjaya jugak.Kek lumut yang sangat sedap ni buat sempena ulang tahunku bulan ogos lalu.Malas nak buat lawa2 yang mudah saja .Pastinya kek lumut ni laju anak-anak makan dan dapat le  diaorg bawa ke sekolah.Kawan-kawannya semua suka siap suruh bawa lagi esok harinya. Resepi ni boleh rujuk di sinihttp://yatiememories.blogspot.my/2013/10/kek-lumut.html




Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya
  • 2 sudu besar seri kaya
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)kubakar 40-60 minit Atau sehingga masak dengan suhu 160 api atas Dan bawah dan guna kaedah Bain Marie.isikan air panas mendidih dalam dulang bawah sekali dan loyang kek atas tray tengah.




Tuesday, 8 September 2015

Kek mentega marble cheese

Kek ni terhasil gara-gara lebihan butter masa buat biskut raya yang lalu.Oleh kerana masa setiap hari yang padat kucuba kek yang paling mudah untuk disiapkan.Suka dengan resepi yang dikongsi dari blog inihttp://emiliaputeri.blogspot.my/2013/04/kek-mentega-chocolate-marble-moist.html .Hasilnya memang sedap bergantung pada jenis butter la ye, cuma kutambah creamcheese lebih kurang 1/2cawan.Rasanya kalau mahu tambah susu pekat pun sedap juga.Cara membuatnya sangat mudah.Terima kasih pada blog ini.                                                                                                                                                                                                                        

Bahan-bahan :

(A)

250 gm mentega
170 gm gula kastor
210 gm tepung gandum(ayak bersama baking powder 3 kali)
1 sk baking powder

(B)

5 biji telur(kuguna gred A)
1/2 sk esen vanila

1 1/2 sb serbuk koko jika suka klu tak mau abaikan.
Cara-cara:
Panaskan ketuhar 15 minit dgn suhu 170 terlebih dahulu .
Adunkan semua bahan A hingga sebati saja.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan adunkan berselang seli hingga abis.Masukkan esen vanilla.Adunkan sekejap.Dah siap gaul secara kaupbalik 3 kali.griskan sekeliling Dan dasar loyang dgn sikit mentega.Adunan bolehlah diwarnakan ikut suka dan sendukkan ke dalam loyang.Suka hati kita le nak buat corak macammana pun.Dah siap hentakkan loyang 3 kali dan bakar di tengah dgn suhu 160 selama 60 minit hingga masak.kalau cucuk tak melekat dah ok le tu.selamat mencuba.




Friday, 17 April 2015

Tempahan pelbagai sticker doorgift ,produk ,cuci gambar murah dll boleh order di sini.


Untuk tempahan sila hubungi FB Karina Bizz no hp 013-7463023



 Ini bisnes adik bongsuku dan isterinya dan hanya beroperasi di rumah saja.Adik berniaga pasar malam dari pukul 5 ptg hingga 10 mlm.Jadi jika berminat hubungi adik tu waktu selain tu lah ye.Sebenarnye dah lama niaga baru sempat nak post di sini.Facebook nya Karina Bizz. Karina Bizz










I

Monday, 6 April 2015

Selamat ulang tahun yang ke 10 Sofea qistina ........

Kek rainbow m&m permintaan ulang tahun sofea@ epal bln Februari lalu.Dah lama baru sempat upload.Moga jadi anak yang solehah dan taat pada Allah SWT ,IbuBapa dn guru.Kek span rainbow ni hanya 4 layer colour je.tak cukup masa nak buat Byk colour.filling dan frosting sepenuhnya dgn creamcheese .satu m&m terpelanting pulak.Sgt susah nk susun keliling kek tu.yg ni mgkn terakhir percubaan .Lbh sng tabur kat atas je.M&m ni Klu masuk peti sejuk warnanya akan pudar atau menurun.Kek span masih guna resipi kek span sweet4 ever.dihttp://myresipi.com/top/detail/6872



Kek layer kastard pandan

kek kastard layer pandan ni saja buat untuk makan2.lama sangat tak buat.sedap dimkn masa Sejuk. Terima kasih empunya resepi ni dari sweet4ever.Cuma kastard pandannya tak cukup tebal dan terpaksa hanya letak nipis saja .Jadi Klu mahu kastard yg tebal gandakan sukatan resepi kastardnya.resepi asal di http://myresipi.com/top/detail/6872 entri rujukan lama dihttp://applecherryschumi.blogspot.com/2013/12/kek-layer-kastard-pandan.html




http://applecherryschumi.blogspot.com/2013/12/kek-layer-kastard-pandan.html

Sunday, 5 April 2015

Kek red velvet


Tempahan kek red velvet 4 layer mmg sgt tinggi nasib tak terantuk kotak dan  seberat 2.9kg dgn creamcheese frosting .Kek ni ditempah bff dari kecik Puan Norhayati iaitu lecturer kat KSKB kat kempas.Kek special utk suami dn adiknya.

Kek red velvet marble cheese


Sebenarnya hari biasa rutin uruskan anak2 ke sekolah dan pantau pelajaran ank2 memang tak ambil tempahan.kecuali hari Sabtu atau Ahad saja itupun tgk masa.Tapi sbb dah tempah awal tolong le juga kan.kek red velvet marblecheese lagi untuk ulang tahun anak bekas rakan sekerja lama.Deco dari fondant dan coklat compound milk brand beryl ,kek seberat 1.9kg termasuk deco.Coklat brand ni mmg sedap sangat hampir sama rasa coklat cadbury.Tapi cuma dijual di kedai bakeri saja,pasaraya takde jual.kek yang di deco  coklat ni kena dibiarkan suhu bilik sebelum dipotong.sebab coklat tu keras sikit.

Thursday, 19 February 2015

Tempahan kek red velvet marble cheese




Tempahan Kek ni  februari yg lalu.Terima kasih resepi  kek red velvet moist yang dikongsi dari sini
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com 

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine( Kuguna tepung blue key berserbuk penaik jadi baking powder,soda bicarbonate Dah tak diperlukan)
  • *2 sudu besar serbuk koko 
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam 
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus(kuguna gula perang)
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak ( kuguna minyak jagung daisy)
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi 
  • 2 biji telur A
  • esen vanila 

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream( untuk red velvet marble cheese yg ini Tak guna) deco red velvet Biasa Boleh guna.
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon 

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih( kuguna lemon atau limau kasturi jika tiada)Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul secara kaup balik.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung ( kuguna kertas minyak yang dipotong Lebih untuk memudahkan meng angkat  kek .tuang adunan Dan Hentakkan loyang 3 Kali perlahan untuk buang udara Dan bakar 45minit. (Kubakar 30 minit)Kek ini boleh juga dikukus. Panaskan oven 15 min Sebelum bakar dgn suhu 175-180 c.jangan buka oven 20 minit pertama.
  • Sementara menunggu kek masak Putar creamcheese yang dah dilembutkan pada suhu bilik ,Masukkan perahan lemon ,gula icing,sebiji telur.Apabila kek masak ,curahkan adunan cheese keatasnya Dan Lorekkan ikut sukahati dgn 1 sudu Besar adunan  kek yang diasingkan.bakar sekali lagi dgn suhu 160-170 c.25-30 minit.bakar secara steambath.air panas diisi dalam dulang oven.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...