Tuesday, 21 October 2014

Ulang tahun Lily dan ayahnya


Selamat ulang tahun juga untuk Lily dan ayahnya pada 19 oktober lalu.Tarikh lahir kebetulan sama anak ayah sorang ni.Kek span checkered rainbow dilapisi cream cheese dan dicurah coklat ganache.kek span sama seperti diSini
Kek ni dihiasi fondant.Sebenarnya kucari gum untuk buat gumpaste tapi takde jual di kedai bakeri.Tapi auntie tu cakap gum tu buat pakai putih telur dan gula icing pun boleh.Makanya ku cuba.tapi kumasak kaedah boiler.tu pun agak2 je sukatan tuk sebiji putih telur.Memang keras fondant yang di uli sedikit gam tu.ku tak letak pada semua hiasan tu.Tapi rasanya masih belum kemas kek ni.Kena  banyak praktis.

Ulang tahun Adam Hawish


Selamat ulang tahun Adam Hawish yang ke 5 tahun pada 12 oktober lalu.Adam minta kek spiderman.Emm rasa macam tak kemas kek fondant ni gara2 Lily dah melalak2 tapi  bolehlah buat  Adam tersenyum masa potong keknya.Dalamnya kek span rainbow sikit ,dimarble dan dilapisi cream cheese dan kekacang pistachio.Sedap juga.Resepi kek span seperti di bawah.Terima kasih resepi kek span asal diSini
Bahan-bahan:
150gm tepung kek berserbuk penaik
150gm gula kastor( kuguna gula perang)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovelette 
80ml air/susu cair/ susu segar
80ml minyak jagung
1 sudu besar Esen vanilla
Caranya:
-Putar gula Dan telur satu per satu hingga kembang sikit Dan masukkan ovelette.Putar lagi hingga gebu putih.
masukkan esen vanilla,air atau susu putar sekejap Dan masukkan tepung yang sudah diayak 3 Kali.Putar sekejap saja.Masukkan minyak jagung sedikit2 dengan cara kaup balik lebih kurang 4 Kali je.Panaskan oven suhu 180c 10 minit.Alaskan loyang kek dengan kertas minyak Dan sapu sedikit mentega hanya di dasar loyang saja.Tuang adunan Dan Hentakkan perlahan 3 kali.Letak loyang dirak  tengah dengan suhu 170-180c selama 35-45 minit .Ikut oven masing2.Setelah masak terbalikkan di atas redai.Setelah sejuk bolehlah dihias.


Monday, 20 October 2014

Kek gula hangus

 Ini kali ke3 kucuba buat kek ni setelah semuanya tak menjadi.Alhamdulillah akhirnya berjaya juga walaupun sarangnya tak berapa cantik namun rasanya sedap dan manisnya secukup rasa.Ku terbaca di blog kak ita masam manis kek ni yang pasti menjadi jika mengikut resepi dan cara2 nya .Terima kasih empunya resepi asal arwah ibu kak Nor di Sini dan kak ita di Sini.Oleh kerana yang ini kuperap tak berapa lama jadi sarangnya tak cantik sangat tapi ku ada buat sekali lagi untuk bawa pulang kekampung tapi lupa nak snap foto.Sarangnya cantik  macam kak ita buat.Rupanya memang mudah buat kek ni.izinkan untuk simpan resepi ni di sini.Kuguna resepi yang kak nor kurang kan.Tetapi ku tersalah baca resepi jadi ku bubuh mentega hanya 3 sudu besar saja.kek tu seperti diatas.Kemudian kubuat lagi seperti resepi ini.Selamat mencuba.
Bahan-bahan asal (resepi Arwah mak Kak nor)
250gm mentega
12biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2cawan tepung gandum(ayak)
4 sudu kecil soda bicarbonate
Bahan-bahannya:(resepi yang kak nor kurang kan)
1 1/4 cawan gula halus( kuguna gula perang)
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A(suhu bilik Jgn sejuk dari peti sejuk)
1/4 cawan susu pekat manis(suhu bilik Jgn sejuk dari peti sejuk)
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla 
Cara-caranya:  Cairkan gula di dalam bekas yang sesuai dengan api kecil supaya tak hangus.Jangan dikacau.Biarkan gula cair sendiri.Kalau tak gula akan berketul2.Bila gula dah cair sepenuhnya barulah dituang air panas.Biarkan sejuk.Di bekas yang lain cairkan mentega dah sejukkan.Kemudian pecahkan telur dan dikacau untuk rata saja dengan sudu.Masukkan susu pekat dan mentega cair yang sudah sejuk tadi.Kacau perlahan saja.Masukkan  tepung dan soda bikarbonat yang sudah diayak,esen vanilla dan gula hangus yang sudah sejuk.Perapkan adunan 3-4 jam atau lg lama lagi cantik kejadiannya.Panaskan oven suhu 170c api bawah saja selama 15 minit.Kemudian Alaskan loyang dengan kertas minyak yang di  sapu sedikit mentega.Tuang adunan yang sudah Siap diperap tadi.Bakar kek selama 35 minit dengan api bawah saja Dan 10 minit terakhir baru dipasang api atas Dan bawah dengan suhu 165c-170c.Kuguna 170c saja.Selamat mencuba.

donut kentang

Donut kentang ni memang lembut walaupun di biarkan lama.terima kasih empunya resepi ni.Resepi ni  dari blog kak yatimemories Sini.Izinkan untuk simpan resepi ni di sini.

Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
200gm kentang/ keledek yang telah direbus dan dilecek
4 sudu besar susu tepung (kuganti susu pekat)
1 biji telur(dipukul)
200ml air suam(uli pakai tangan masuk air sedikit2 dlm 1/2 cwn)
3 sudu besar mentega/majerin
3 sudu besar gula(kuguna gula gula perang)
2 sudu kecil yis

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Sunday, 19 October 2014

Ayam panggang rosemary

Lauk ni dah lama buat baru ada masa nak upload.Resepi ni ku intai dari Sini dan juga resepi ni dariSini.Terima kasih untuk empunya resepi yang sedap ni.Izinkan untuk disimpan di sini ye.Resepi ni masa masak tak cukup bahan seperti baby carrot Dan tomato ku tak ada ,jadi kuganti carrot besar yang Dah dipotong kecil.
Resepi Ayam panggang Rosemary    
Bahan-bahan:                                                                                                             
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar/manis
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam

2 sudu besar jus limau 
3 sudu besar minyak zaitun
3-5 biji kentang( kupas kulit,potong 4 dan rebus )
2 biji tomato
6 biji baby carrot
Sedikit mentega
Cara-cara:                                                                                                     
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.



Kuih kaswi gula merah sukatan cawan

Setiap kali blog kak yatiememories post kuih kaswi ni terliur nak makan hasil air tangan sendiri.Bukan apa kalau buat sendiri banyak sikit dapat makan:).Terima kasih perkongsian resepi  yang sedap ni.Izinkan untuk di simpan resepi ni disini pula.Resepi ni telah kuubahsuai  sedikit kerana tiada tepung ubi.Kugantikan sukatan tepung ubi kepada tepung jagung juga.Resepi asal disini

Bahan-bahan(loyang 10x10inci)
Bahan A:dimasak hingga mendidih,sejukkan dan tapis.    
Bahan A                                                                                   
1 cawan gula pasir                                                                         
1 1/2 cawan gula merah
500ml air
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan disimpul

Bahan B:disatukan di dalam mangkuk
1 1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung ubi ( kuganti tepung jagung , jadi sukatan semua tepung jagung ialah 2 cawan)
1/2 cawan tepung jagung
800ml santan (400ml santan + 400ml air)
2 sudu besar air kapur

Cara-cara
-Masak bahan A hingga mendidih ,biarkan suam Dan tapiskan.
-Dalam mangkuk lain ,satukan bahan B.
-Bahan A Dan B disatukan Dan digaul rata Dan tapis lagi.
-Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan panaskan loyang terlebih dahulu di dalam kukusan.
-Setelah loyang panas barulah dituang adunan tadi.
-Ikat penutup kukusan dengan kain untuk elak air wap menitik ke dalam adunan ketika kukus.Kukus adunan selama 30-40 minit atau hingga masak.
-Buangkan jika ada air bertakung didalam adunan setelah 30-40 minit masak.
-Sejukkan kuih barulah boleh dipotong dan dimakan dengan kelapa parut  .Selamat mencuba.
                                                                                                
   B

Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...