Thursday, 26 December 2013

Red velvet marble cheese

Sudah beberapa hari tidak kemaskini blog ini.Sibuk menyiapkan persiapan anak-anak mahu naik sekolah. Ini tempahan dua red velvet marble cheese size 6 inci untuk kak su taman saujana Kota Tinggi,tukang jahit bajuku sekeluarga.Kak su minta snowy cheese kek,tapi ku belum beli penyagat.Lain kalilah ek.

Sunday, 22 December 2013

ALLAH SWT TEMAN SEJATI

http://www.awda-dawa.com/App/Upload/articles/21105.jpg
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah  menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.          Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

9 Perkara yang meleburkan 2 Kalimah Syahadah ( Kafir)

http://islam.oussoudlalam.com/image/oimage_1385083103.jpg Dari peribadirasulullah wordpresshttp://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/12/22/9-perkara-yang-meleburkan-2-kalimah-syahadah-kafir/
Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:
Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”
Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”
Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad saw dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
a.   Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
b.   Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
c.   Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.
Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah saw walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.
Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah saw atau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”
Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”
Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”
Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.”

raspberry tiramisu

 Semalam teringin pula mahu makan dessert sejuk maklumlah cuaca panas.Pergi beli barang dapur dekat tesco  ada raspberi beli sajalah kot boleh masak apa-apa.Cuba google jumpa resepi tiramisu mudah sangat.Resepi ini kutambah serbuk koko yang diayak dan  hershey strawberry syrup setiap layer.Anak suka coklat ibunya kurang minat.Jadi belilah perisa strawberry.                                                                       Ingredients
  • 1 cup seedless raspberry jam
  • Zest and Juice of 1 orange
  • 1 pound (2 cups) mascarpone cheese, at room temperature
  • 1 cup whipping cream
  • 1/4 cup sugar
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 28 soft ladyfingers or 2 (12-ounce) pound cakes, cut into 3 by 1 by 1 1/2-inch pieces
  • about 3 3/4 cups fresh raspberries
  • Confectioners' sugar, for serving
Instructions
  1. Reserve 2 tablespoons of orange juice. Stir the jam and remaining orange juice in a small bowl to blend.
  2. Combine the mascarpone and remaining 2 tablespoons of orange juice in a large bowl to blend. Using an electric mixer, beat the cream, sugar, and vanilla in another large bowl until soft peaks form. Fold orange zest into whipped cream.
  3. Using a large rubber spatula, stir 1/4 of the whipped cream into the mascarpone mixture to lighten. Fold the remaining whipped cream into the mascarpone mixture.
  4. Line the bottom of a 9X13 glass baking dish or other decorative serving dish with half of the ladyfingers. Spread half of the jam mixture over the ladyfingers. Spread half of the mascarpone mixture over the jam mixture, then cover with half of the fresh raspberries. Repeat layering with the remaining ladyfingers, jam mixture, mascarpone mixture and raspberries.
  5. Cover and refrigerate at least 3 hours or even better overnight to let the flavors blend.
  6. Dust with the confectioners' sugar and serve.
Notes
adapted from Giada de Laurentis

Read more at http://www.the-girl-who-ate-everything.com/2011/07/raspberry-tiramisu.html#XVW1O6gP9ObdLm60.99
 Terima kasih empunya kedua resepi ini.
resepi  pautan kasih
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream(tak guna)
125g whipping cream(ku guna 2 cawan)
50g gula icing~ sifted(gula ikut suka manisnya)
1 peket biskut tiramisu(ku ganti biskut marie dan kek red velvet)
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.(kuganti raspberry dan coklat urai)

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

Friday, 20 December 2013

Soto madura

Soto Madura ini sudah banyak kali kumasak.Rasanya sedap.Tauge ku ganti dengan lobak merah  dan kuahnya kutambah kentang walaupun dah ada begedil kentang.Terima kasih empunya resepi ini.Sinar Kehidupanku.                                                                                                                                                                                                             Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – dipotong 12, cuci dan toskan
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 8 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 s/k lada putih/sulah- di tumbuk halus
  • Garam dan sedikit gula..
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik.
  4. Kemudian masukkan santan, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.

Kek lumut bakar

Kek lumut ini hanya pada nama dan rasa sahaja,tetapi tidak pada warnanya yang tidak berlumut hijau sebaliknya berwarna hijau pucat.Apabila sudah ambil foto menjadi warna macam kuning pula.Oleh kerana mahu habiskan  baki kaya roti yang sudah lama di dalam peti sejuk jadi kucuba kek lumut ini.Rasanya sedap sangat dan lembut.Kuguna pati daun pandan sahaja disebabkan tiada pewarna tiruan hijau.Di lain masa boleh menggunakan pewarna tiruan kot.Terima kasih empunya resepi ini Dapurku Sayang dan dari Sinar Kehidupankanku  juga resepi ni setengah adunan rasanya.



Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya
  • 2 sudu besar seri kaya
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)kubakar 30-40 minit api 180 atas bawah dan guna kaedah Bain Marie.isikan air panas mendidih dalam dulang bawah sekali dan loyang kek atas tray tengah.
                              

Salad ketumpang air/kekabu air/sirih cina dan timun tikus

Tengahari  tadi pertama kali makan  ketumpang air dan timun tikus ni.Salad cuma bubuh mayonis dan perahan lemon dan minyak zaitun sikit je.Rasanya macam daun sirih  kot.timun  tikus ni pulak memang rasa timun.Bagiku semua sayur makan.Sebab kalau masak wajib ada sayur satu mangkuk .Selama ni ku ingat rumpai biasa.Banyak dalam pasu jadi selalu cabut je dan timun tikus ni banyak kat pagar hingga berebut menjalar dengan bunga telang .Hinggalah terjumpa blog semua menjadi  ni http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/10/tuaian-hari-rabu.html .Terima kasih empunya blog ni yang kongsi pasal ketumpang air atau kekabu air dan timun tikus.Ketumpang air ni banyak khasiat rupanya untuk merawat pelbagai penyakit 
Antara khasiat yang terdapat ialah :
  • merawat artritis
  • reumatisme
  • penawar sakit sendi dan perut
  • jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
  • cirit-birit
  • batuk
  • selsema
  • jangkitan pada pundi kencing
sumber rujukan



Thursday, 19 December 2013

Ikan masak singgang

Semalam pun masak yang mudah je.Bawang merah ,putih sikit dipotong halus,kunyit hidup ditumbuk atau kunyit serbuk dan tumiskan dengan sedikit minyak.Masukkan air agak-agak je,asam keping,serai di ketuk,halia ketuk sikit,cili api kalau suka,daun kunyit ,belimbing buluh pun boleh,nak masuk sayuran lain rasa boleh je yang mana sesuai le.Dah mendidih masukkan ikan.Bukan apa takut ikan hancur kalau letak awal.Tengok ikan dah masak.Dah boleh hidang.Budak-budak pun boleh masak.Teringat pulak kisah lampau masa umur 10 tahun baru kureti masak.Maklumlah anak perempuan tunggal.Jadi arwah mak tak pernah bagi sentuh apa-apa bab masak ni.Arwah mak dah takde jadi terpaksalah belajar.Itupun kawan baikku namanya hazwah, jauh jugak rumahnya tapi sangup datang nak ajar masak .Tu le  pertama kali masak lemak pucuk ubi tak silap.Pelik abang man bila balik kerja tengok tetiba ada lauk sedap.Abang ke2 ni kerja jadi tinggallah  kuberdua dengan adik bongsu lelaki masa tu umurnya 6 tahun.Balik sekolah cepat-cepat kena masak sebab adik nak makan.Biasa adik balik dulu.Kalau dulu macam adik pagi abang hantar sekolah,baliknya jalan kaki jauh jugak.Tapi kita kecik-kecik dulu dah biasa.Lepas tu duduk sorang2 le adik.Kalau zaman sekarang emm macam-macam jenayah dah tak selamat.

Cekodok/jemput-jemput ngaku berdaun kunyit



Semalam ada lebihan ngaku sikit jadi kubuat cekodok ngaku dan daun kunyit diracik halus.Kalau bubuh cili api racik sedap rasa pedas sikit,tapi anak-anak tak reti makan pulak.Buat pun tak banyak takut tak habis.Tapi licin anak-anak makan termasuk lily makan sekali.Sejak reti berjalan ni pantang pintu buka ,mesti pegang sandal nak duduk luar beranda.Makan suap pun payah.Kenalah bagi makanan pegang sendiri baru makan.

Wednesday, 18 December 2013

Kerepek ngaku/arrow head/sengkuang cina


    Hari ni baru ku teringat sabtu lepas ada beli ngaku  ni .Pada sesiapa yang tak kenal inilah rupanya macam bawang pun ada.Pertama kali kenal kerepek ngaku ni,kawan cina Indonesia  yang datang bawa ke rumah.Biasa dah nak hampir perayaan tahun baru cina mesti banyak ngaku ni dijual di pasaraya.Biasa beli  dekat Econsave atau tesco je.Rasa kerepek ni sedap ,lemak manis dan baby pun boleh makan sebab lembut.Hari ni dapat satu bekas oat yang besar tu.Tu hari  cuma beli 2 beg tu je.Cara buat kerepek ni senang saja,kupas kulit luar ,ngaku punya batang tu Jangan dipotong yang atasnya.Sebab untuk memudahkan kita nak pegang sambil sagat.cuci bersih.Kemudian rendamkan dalam air.Dalam bekas lain isikan air penuh  dan dibubuh dengan garam agak2 je.Sagatkan ngaku  atas air bergaram tu.Apabila dah nak goreng toskan ngaku yang dah siap sagat tu.Panaskan minyak dikuali bolehlah digoreng hingga perang.Jangan hangus.Kalau nak cepat goreng sikit2.Jadi cepat masak.Bila warna perang sikit boleh angkat. Toskan minyak.Bolehlah dimakan sambil tengok tv.

Kek kastard layer pandan

Semalam buat lagi kek ni.Sebab ada tetamu nak datang.Resepi di sinihttp://applecherryschumi.blogspot.com/2013/12/kek-layer-kastard-pandan.html

Tuesday, 17 December 2013

Remaja Mesir bertaubat setelah dua tangan dipotong

Posted by: peribadirasulullah.wordpress.com
http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998426347.jpg
Subhanallah hukum undang-undang Allah SWT adalah yang terbaik.
رصدت مجلة “فرونت بيج” الأمريكية، تقريرا تداولته صحف مصرية، قبل أسبوع، عن شاب قطع بنفسه يديه الاثنتين، تطبيقا لحد السرقة، حسبما تنص الشريعة الإسلامية فى سابقة هى الأولى من نوعها. وقالت المجلة فى تعليق على موقعها الإلكترونى اليوم الجمعة، إن العادة جرت على أن ينصب عنف الإسلاميين على الكفار، أو غير المسلمين، أو حتى المخالفين فى المذهب، كالعلويين أو الشيعة على سبيل المثال.
ولكن هذا الحادث، أكد أن كثيرين لا يقفون على حجم الدور الذى يمكن أن تضطلع به الشريعة فى دفع الأفراد إلى القيام بالعنف حتى تجاه أنفسهم، بحسب المجلة.
ورصدت “فرونت بيج” رواية لشاب مصرى على عفيفى- 28 عاما، قال إنه قطع بنفسه يديه الاثنتين تطبيقا لحد السرقة، ويقول عفيفى الذى يلقب نفسه بالتائب إلى الله، إنه وقبل أربعة أعوام قطع يده اليسرى بأن وضعها على قضيب سكة حديدية لتمر فوقها عجلات القطار دونما استخدام مخدر، معلنا أمام الناس الذين تجمهروا حوله مذعورين، أنه كان سارقا وأراد بذلك التوبة إلى الله.
وبالطريقة نفسها، التى قطع بها يده اليسرى قطع اليمنى بعد أن رأى أنه لا يستحق رحمة الله، إذ عجز عن مقاومة إغواء الشيطان، بحسب تعبيره، فظل يسرق بيده اليمنى التى قطعها قبل ثورة 25 يناير بفترة وجيزة، ليطمئن بذلك أنه لن يستطيع السرقة مرة أخرى، ليصبح على عفيفى القاضى والجلاد على حد تعبيره.
والآن يشكو عفيفى، الذى يعيش فى أسرة متواضعة الحال قوامها أبوه وأمه وأربع إخوة بمحافظة الغربية فى دلتا النيل، من شظف العيش، قائلا بأسى، إنه لا يتقاضى من الشئون الاجتماعية غير 215 جنيها مصريا، ويسأل الحكومة أن توفر له عملا كريما، أو راتبا خاصا، وشقة ليبدأ حياة جديدة ويتزوج، كما يسأل الملك عبد الله بن عبد العزيز عاهل السعودية، أن يستضيفه باعتباره أول لص فى العالم يطبق على نفسه الحد الذى نصت عليه الشريعة الإسلامية، بحسب تعبيره”.
كما يدعو “نموذج التائب إلى الله”، كما يلقب عفيفى نفسه، السلطات المصرية إلى تطبيق الشريعة الإسلامية اقتداء به، مضيفا بإحباط “لقد أقمت على نفسى الحد وقطعت يداى، أما جماعة “الإخوان المسلمين” فلم تطبق الشريعة عندما تولت الحكم”.
وكان والد على الذى يعمل مؤذنا فى أحد المساجد قد حاول مرارا وتكرارا إثناء ابنه عن السرقة، ولما باءت محاولات الأب بالفشل توجه بابنه قاصدا العديد من شيوخ وعلماء المسلمين وهناك سألهم الابن أن يقطعوا يده تطبيقا للحد بحسب ما تنص الشريعة الإسلامية، إلا أن هؤلاء رفضوا قائلين “إن الحاكم وحده المنوط بإقامة مثل هذه الأحكام، وأن ثمة سلطات تتولى مسئولية التعامل مع مثل تلك القضايا”.
وعلقت المجلة فى ختام تقريرها، قائلة “إن كثيرين فى الغرب سيتهمون على عفيفى بالجنون، ولكن من الأهمية بمكان التنويه عن أن الشريعة الإسلامية – التى يعلمها جيدا هؤلاء الشيوخ الذين استشارهم على- لا تنص على قطع أيدى المجانين، ولو كانوا لصوصا، إلا أنه يبدو أن هؤلاء الشيوخ لا يعتبرونه مجنونا”.
Terjemahan Google
Spotted majalah ” Frontpage ” Amerika, akhbar Mesir melaporkan pemprosesan, seminggu yang lalu , kira-kira seorang pemuda memisahkan dirinya kedua-dua tangan , mengurangkan permohonan kecurian, sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang Islam di bekas adalah yang pertama seumpamanya. Majalah itu dalam satu komentar di laman webnya pada hari Jumaat, berkata bahawa ia adalah biasa untuk memberi tumpuan kepada kafir Islam keganasan, atau bukan Islam , malah bercanggah dengan doktrin, Kalaloyen atau Syiah, sebagai contoh.
Tetapi kejadian ini, mengesahkan bahawa ramai orang yang tidak berpegang kepada saiz peranan yang boleh dimainkan oleh undang-undang dalam menolak orang ramai untuk melakukan keganasan walaupun kepada diri mereka sendiri , menurut majalah itu.
Dan dilihat ” Frontpage ” novel oleh Mesir muda pada Afifi – berusia 28 tahun, berkata dia memotong sendiri kedua-dua tangan dalam permohonan mengurangkan kecurian, dan berkata Afifi , yang digelar dirinya Baltaúb kepada Tuhan , bahawa dia dan empat tahun lalu , potong tangan kirinya yang meletakkan mereka pada rod kereta api untuk lulus di atas roda kereta api tanpa menggunakan ubat bius , mengisytiharkan di hadapan orang-orang yang berkumpul di sekelilingnya dalam keadaan panik , beliau adalah seorang pencuri dan dia mahu untuk bertaubat kepada Allah.
Dengan cara yang sama , dengan memotong tangan kirinya terputus sejurus selepas dia melihat bahawa ia tidak bernilai rahmat Allah , kerana ia tidak dapat menahan godaan syaitan, seperti yang dikatakannya , meninggalkan mencuri dalam tangan kanannya dia dibuat sebelum 25 Januari revolusi, tidak lama lagi, untuk memberi jaminan bahawa ia tidak akan menjadi kecurian dapat lagi , untuk menjadi hakim dan algojo Afifi seperti yang dikatakannya .
Dan kini mengadu Afifi , yang tinggal di sebuah keluarga yang sederhana sebagai bapa kuat dan ibu dan empat adik-beradik Gharbia Governorate di Delta Nil , dari kesusahan, berkata dgn belas kasihan , bahawa dia tidak menerima daripada Hal Ehwal Sosial 215 pound Mesir dan meminta kerajaan untuk menyediakan dia dengan pekerjaan yang layak, gaji yang khas , dan rata untuk memulakan hidup baru dan berkahwin, dan meminta Raja Abdullah bin Abdul Aziz Arab Saudi , sebagai yang pertama yang akan dianjurkan oleh pencuri di dunia digunakan sehingga tahap yang sama yang ditetapkan oleh undang-undang Islam, seperti yang dikatakannya . “
Ia juga memerlukan “model bertaubat kepada Tuhan,” dia digelar dirinya Afifi , pihak berkuasa Mesir untuk melaksanakan undang-undang Islam Berikutan contoh beliau , sambil menambah kekecewaan, “Saya tinggal di menghadkan diri saya dan melukakan tangan saya, dan kumpulan” Islam Ikhwan ” tidak memohon undang-undang apabila ia datang kepada kuasa.”
Beliau merupakan bapa kepada Ali , yang mengendalikan muazzin di masjid telah berulang kali cuba untuk menghalang anaknya untuk kecurian, dan apa Percubaan bapa gagal diarahkan oleh anaknya , bermakna banyak orang tua-tua dan cerdik pandai Islam dan ada bertanya kepada anak untuk mengurangkan permohonannya untuk mengurangkan sebagai undang-undang Islam yang diberikan, tetapi mereka enggan dengan berkata “The pemerintah sahaja dipertanggungjawabkan dengan pentadbiran peruntukan itu, dan bahawa pihak berkuasa di sana mengambil tanggungjawab untuk menangani isu-isu itu.”
Dan digantung majalah di akhir laporan , sambil berkata ” ramai di Barat menuduh Afifi akan gila , tetapi ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa undang-undang Islam – yang mengetahui akan orang-orang senator yang berunding mengenai – tidak menyediakan untuk memotong tangan orang gila, walaupun mereka adalah pencuri, tetapi ia seolah-olah bahawa orang-orang tua ini tidak menganggap dia gila. “

Monday, 16 December 2013

Nasi daging

Semalam masak nasi daging.Pertama kali dengar nasi ni.Kebetulan google jumpa resepi ni.Makan pun tak pernah.Entahlah apa rasa sebenarnya nasi daging ni.Ku guna beras biasa je..Daging kumasak kari je dan air asam ku tambah kerisik sikit dan ku goreng papadom.Terima kasih empunya resepi ni
NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan

Bahan2 A                                                                                                                                                  3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam).                                                                                      
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub).                                                               
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi
bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka. 
Bahan Air Asam                                                                                                                               bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/07/nasi-daging.html#ixzz2nhyp565U
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/07/nasi-daging.html#ixzz2nhye7B2s

Sunday, 15 December 2013

Kutipan dari kampung

Ni hasil kutipan semalam dari kampung.Pokok rambutan tu tinggi sangat jadi cuma dapat ambil sikit .Banyak kerengga pulak tu.Beli kat tesco bunga kantan tu kecik sangat .Ambil dari pokoknya besar sikit.Semalam dengan adik-adik dan abg ipar pergi hantar makabah ke Stesen bas Kota tinggi nak pergi Kuala Lumpur dan makan angin jauh ke Bandung Jakarta bersama adik abah.Kami  semua tak ikut ,entahlah bila dapat pergi.Moga selamat pergi dan balik .amin...


Pecal jawa

Semalam dapat makan pecal jawa ,sedap.Yang ni mak mertuaku buat .Ulaman tu sepatutnya sampingannya banyak tapi ni apa yang ada je lah.Tahu,tempe,kacang panjang,timun,tauge takde.Pucuk ubi dan sengkuang je ni.Terima kasih resepi  dari  blog dapur tanpa sempadan BAHAN KUAH :-) 

Laksa nyonya

Laksa nyonya antara menu yang kerap kubuat di hari raya untuk tetamu.Pernah sampai tak cukup.Jiran yang yang tak reti makan laksa pun makan juga.mungkin dah takde pilihan hi..hi..Pertama kali kenal laksa ni masa tengok chef wan masak kat tv dan blog dapur tanpa sempadan      juga ada resepi ini.udang,kerang,udang kering,buah keras,tahu kering,bebola ikan,fish cake,takde dan ulaman tak cukup.Teringin nak makan masak juga la.Nampak macam remeh tapi sebenarnya mudah je kalau dah biasa masak.Resepi ni dari Afc.Peranakan Laksa
Ingredients:

180 ml / 6 fl oz Vegetable Oil
1000 ml / 35 fl oz Coconut Milk (Santan Cair)
100 ml / 3 ½ fl oz Coconut Cream (Santan Pekat)
½ kg / 1 pound fresh Prawns - remove shell (keep) and coarsely chopped
2 Tbsp dried Chili Paste (Sambal Cili Kering) – soften 6 dried Chiliesin hot water, drain, and blend
2 Tbsp Coriander Powder (Serbuk Ketumbar)
Handful Laksa Leaves or Vietnamese Mint (Daun Kesum),chopped
Handful Corriander Leaves, chopped
1 large Onion
20 Fish Balls
20 Bean Curd Puff (Taupok)
Salt and sugar to taste

Paste Ingredients: - to be finely grounded
20 Shallots (Red Onion)
Lemongrass (Serai), shreded
10 Chilies, half- seeded
Kaffir Lime Leaves(Makrut, Daun Limau Purut), shredded
2 cm / 1 inch Galangal (Lengkuas or Blue Ginger), sliced
4 cm / 2 inch fresh Ginger, sliced
½ cup / 2 ½ oz dried Shrimps (Hebi, Udang Kering), soaked in hot water
1 fresh Turmeric, sliced
15 Candlenuts (Buah Keras, Kemiri)
Water to blend

Garnishing Ingredients:
2 Fish Cakes, blanched and sliced
300 g / 10 oz Egg Noodles or Rice Noodles or Vermicelli Rice Noodle
30 g / 1oz Prawns, blanched
30 g / 1oz Cockles, blanched
1 hardboiled Egg – Sliced into halves
½ Calamansi Lime(Limau Kalamansia, Limau Kasturi) – for each dish
Method:
Heat Oil and fry the Paste until fragrant on low heat for 10mins until the oil appears on the surface.

Add in the fresh minced Prawns. Bring to a simmer, then lower heat.

Add in chopped Laksa Leaves and Coriander Leaves. Mix well.

Add in Coconut Milk, and season the Laksa with salt and sugar. Add in Fish Balls, Bean Curd Puff (Taupok), and simmer the Laksa for 20 minutes or until oil appears on the surface.

Serve the Laksa Paste with the ingredients for garnishing.

Prawn Stock:
Handful of Shrimp, Handful of Cockles,Previously removed Prawn Shells and Heads, 1 Onion, 1 Lemongrass, 6 Garlic cloves, 2 cm / 1 inch fresh Ginger, sliced, 5 Limes Leaves (Daun Limau Nipis), Water
Method: Fry Onion in heated oil; add in Shrimp, Cockles, Prawns, Onion, Lemongrass, Garlic and Ginger, until fragrant. Add in water and simmer for 10 minutes, or till stock thickens. Blend all ingredients with some stock, and put them back into stock.


Note:
This Laksa can be prepared by using chicken instead of prawns or a combination of both. Always tastes better when prepared a day before it is served.

This Laksa can be prepared by using chicken instead of prawns or a combination of both. Always tastes better when prepared a day before it is served.
1 Cucumber, finely sliced
Handful of raw Bean Spouts (Tauge)
Chili Based Sauce (Sambal) – to taste

Kek milo


Lama dah tak update diari dlm blog ni.Line streamex ada tapi slow sgt langsung tak boleh buka.Abg kata ada org tumpang line kot.Emm tak boleh buat apa le walaupun password dah ada.Kek ni Rasanya hari khamis lepas kot buat.Anak2 minta buat kek milo.Ikutkan je lah.Dalamnya kububuh kek red velvet yang dah siap bakar.Tengok ada baki sikit.Di atasnya ku titiskan karamel.Kek tu atasnya berlubang sebab kesan kububuh red velvet.Tak seimbang kot masa naik.Resepi sama je dengan kek span pandan .Cuma yang ini kububuh serbuk milo.

Thursday, 12 December 2013

Kek layer kastard pandan

Resepi ni kulihat di myresepi rasanya sangat lama.Untuk resepi kek span pandan ini ku buat eksperimen dari banyak resepi kek span dalam  sukatan cawan.Untuk kastard bahan2 tak mencukupi jadi kuguna tepung kastard,air daun pandan,agar2 tali ,santan pekat,gula perang.Walaupun dah kuguna pati pandan tp bila bercampur dgn tpg kastard masih bewarna kuning.Jadi ku ambil jus bunga telang bewarna biru dan hasilnya kastard bertukar hijau.hi..hi..apa2 tah ek.

    KEK SPAN PANDAN

    1 1/2cawan tepung berserbuk penaik
    3/4 - 1 cwn gula perang atau kastor(ku kurangkan gula lagi)
    5 biji telur gred A
    5 helai daun pandan.                                                                                                                              80ml air atau susu cair/segar /1/4cwn
    80ml minyak jagung/1/3 cwn
    1 sudu besar ovellete
    Cara2nya:Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu .telur diadun sebiji demi sebiji dengan gula,dan masukkan ovelette.Adun dengan mixer hingga gebu putih.Masukkan susu segar atau air biasa yang telah dikisar dgn daun pandan dan sudah di tapis dan diadun berselang seli dgn tepung hingga habis.adun kena cepat.Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan kaup balik.Jangan terlebih kaup.Kaup rata je dah ok.Karang terbantat hi..hi..Masukkan adunan dalam loyang yang telah dialas dgn kertas minyak dan gris mentega hanya dasar loyang saja.Jangan griskan keliling tepi loyang dgn mentega.Hentakkan loyang 3 kali sebelum diBakar selama  30 minit dgn suhu api 175-180 atas dan bawah atau ikut suhu oven masing2.Jangan buka oven 20 min pertama karang terbantat.Untuk resepi sebenar ada di bawah.Terima kasih empunya resepi sweet 4 ever my resepi.

Bahan-bahan ( 1 biji kek )kek span sweet4 ever myresepi 

  • tepong super fine - 150 gram
  • gula kastor - 150 gram
  • telor - 5 biji telor A
  • ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar
  • air daun pandan - 80ML
  • minyak / mentega cair -80ML
  • pes pandan - 5ML/ 1sudu teh
  • serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh
  • sedikit pewarna hijau [x]
Di atas permintaan sofea semalam ku bakar kek layer kastard pandan.Katanya dah lama ibu tak buat.Tensennya semalam tepung hoen kwee ku sudah hilang.Waktu tak buat ada pulak.Puas cari dalam kabinet tak menjumpai.Jadiku ambil tepung kastard je le.Serbuk agar2 pun sama entah dimana,pun kugantikan agar2 tali.Resepi kek span KASTAD PANDAN

Bahan A
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu makan serbuk agar-agar segera
Bahan B
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan
1 cawan kelapa kering
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. 
Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. 
Masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. 
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. 
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya. 
Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . 


Wednesday, 11 December 2013

Laksa johor


Semalam teringin nak makan laksa johor.Tapi bahan tak berapa cukup.Hasilnya ok le masih sedap.Tapi agaknye kalau bahan cukup emm lagi sedap.Dah lama tgk kat blog Dapur Tanpa Sempadan.Nampak sedap.Biasa dapat makan waktu rumah terbuka hari raya je.Apa2 yang namanye laksa akan ku cari dulu..Terima kasih kongsi resepinya.Ini link blognya http://www.tiffinbiru.com/2012/04/laksa-johor-resipi-warisa.html

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)
800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, kemudian  di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
  3. Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  4. UNTUK LAKSA JOHOR :- Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan2 ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan segera.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...